SEDIKIT INFO YANG SAYA BARU JUMPA ^^
SCHIZOPHRENIA
Penyakit mental adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit
mental. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi
mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi tahap keterukannya,
jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental
boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang.
Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak
serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.Akibat dari
salah faham mengenai penyakit mental, pesakit dan keluarga mereka kadang-kadang
dicemuh dan disisih dalam masyarakat.Pada umumnya
penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan ;Penyakit-penyakit
psikosis.Penyakit-penyakit
bukan-psikosis (neurosis)Penyakit
PsikosisPada tahap
teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan
hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan
perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu di tahap teruk ini. Mereka
merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka
lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh
orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan
tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa”. Orang-orang yang tidak biasa
dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan
dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.Pada masa
dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat.
Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan,
kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna.Diantara
penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik
depresif.Penyakit-penyakit
Bukan PsikosisMungkin kita
pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan
pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan
tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan
sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian,
hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan
hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis
(neurosis).Di antara
penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas),
keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.
RAWATAN
UTAMA PENYAKIT MENTAL
Seperti
penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang
mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan
kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan
dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian
besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan
kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan
untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada
jenis penyakitnya dan keperluan individu.
Rawatan-rawatan
Utama Yang Selalu DigunakanPsikoterapi
dan kaunseling
Kaunseling
boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih
mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin
memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi
kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu.
Rawatan
psikotropik
Terdapat
berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang
digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh
mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan
jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety)
sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.
Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi
kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat
nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu
meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang
sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Rawatan
tingkahlaku
Rawatan
jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau
tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit.
Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat
penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan
jenis ini.
Rawatan
elektrokonvulsif
Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran
elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini
adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit
kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi
bius.